Powered by Blogger.
RSS

Chances Chances Chances !!!


Peluang , apa itu peluang ?? Peluang tu diberikan dari seseorang kpd seseorang yg melakukan kesilapan dan ingin berubah . Ramai orang cakap , setiap insan berhak diberi peluang yg kedua jika benar-benar mahu berubah . tapi kalau tak berubah jugak ?? dan melakukan kesilapan yg sama berulang kali ?? apa yg patut kita lakukan ?? terus memberi peluang kedua , ketiga dan seterusnya ke ??

kadang-kadang , tak mudah untuk kita memberi peluang kpd seseorang itu sbb kesalahan yg dilakukan oleh org tersebut . tapi mungkin atas dasar sayang atau cinta or mungkinkah sbb kesian ,, kite memberi peluang kpd org tersebut ?? tepuk dada tanya selera .

tapi , bila kite yg melakukan kesalahan telah diberi peluang kedua dan ingin cuba untuk berubah , kenapa org tu berubah ?? org yg ada dgn kita sekarng neh bukan lagie org yg kite kenal dulu . mungkin kah sbb kesalahan yg kita lakukan dulu merubah sisi pandangan mereka terhadap kita ?? itu kita taktahu . rambut sama hitam , hati lain-lain kan .

Dalam perjalanan kita untuk melupakan seseorang tu , kita tak sedar apa yg telah kita tinggalkan kat belakang , kita terus berjalan tanpa toleh ke belakang sedikit pun . kadang-kadang kita tak nampak apa yg ada kat belakang kita sbb kita sibuk mengejar apa yg ada kat hadapan kita . tapi bila yg kat depan pergi meninggalkan kita , kita baru menoleh kebelakang . tapi pada saat tu ,, apa yg ada kat belakang kita tu sudah pun toleh kedepan dan meninggalkan kita . menyesalkan ? bak kata pepatah , "YANG DIKEJAR TAK DAPAT , YANG DIGENDONG BERCICIRAN ."

Kadang-kadang , mudah untuk kita berikan peluang dan peluang walaupun dilukai berkali-kali , tapi bila kita menagih peluang tersebut dari seseorang , susah nya bila seseorang tu nak memberikan . tak semudah seperti mana semasa kita memberikan peluang tersebut dulu . kenapa ?? Sikap manusia , sering berubah-ubah . Manusia dilahirkan dgn penuh kesempurnaan , tapi tak bermaksud boleh lari dari kesilapan . itu yg membuat tiada seorg manusia pun yg SEMPURNA dlm dunia ni .

Selalu orang ckp , " sedangkan NABI pun ampunkan umat , apakan lagi kita" Yes ! mmg betul , tapi kita bukan lah sesempurna NABI yg terpelihara sifatnya , memiliki sifat2 terpuji , jauh dari dosa . kita hanyalah pengikutnya yg penuh dgn melakukan dosa dan kesilapan . Tapi itu tak bermakna kita tak boleh memaafkan org kan ? walaupun susah , kita akan boleh memaafkan seseorang tu , mungkin hanya masa yg diperlukan . Jadi , apa salahnya kita memberi peluang dan ruang kat semua org kan ?

KADANG-KADANG JUGA , KITA SENDIRI TAK TAHU YANG KITA TELAH SAKITKAN HATI ORANG YG PALING KITA SAYANG TANPA KITA SEDARI . (:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment